Ya Allah
Ampunkan aku andai aku bersalah
Tetapi ya Allah
Salahkah aku
Menagih simpatiMu untuk bersama orang yang kusayang
Salahkah aku
Merintih hiba padaMu mengenang nasib tidak seperti yang lain
Salahkah aku
Mengharap sesuatu dariMu yang ku fikir baik untukku
Tetapi ku tahu
Engkau tahu yang terbaik untukku
Ampunkan aku ya Allah
Ya Rabb
Tidak pernah terlintas di benakku untuk meredhai keputusanMu
Tidak pernah terucap oleh lidahku bahawa aku membenciMu
Tidak pernah terdetik dihatiku untuk aku menjauh dariMu
Sebaliknya
Aku tahu
Ini ujianMu untuk Kau lihat sejauh mana cintaku padaMu
Aku tahu
Ini kayu ukurMu untuk Kau ukur cintaku padaMU
Ya Rabb
Jauhkanlah aku dari iblis yang sentiasa menghembus kedukaan di hati ini
Kerana aku mahu mendekati cintaMu...
Membuat keputusan
6 years ago
